Tuesday, September 7, 2010

Sinar Transformasi.

Thanks Kak Aniz kerana telah memberikan sinar transformasi pada aku. Ia bagai tak diduga di saat memang pun aku perlukan someone to figure out what is going on myself ni (dalam kata lain seorang pembantu). Sudah lama aku I need her to heal myself kerana pelbagai rintangan hebat dariNya telah diharungi dan aku hampir putus asa dengan semua ini.

Diri sendiri sentiasa merasakan kegagalan. Setiap kali menoleh kebelakang, malah pandang ke depan pun nampak kegagalan yang dicipta minda sendiri, sentiasa kegagalan menghantui dan terus membuatkan diri dalam keadaan kecewa, hampa dan putus asa. Mungkin aku tak pernah zahir kan cinta aku padaNya. Bukan apa, diri sendiri pun tak disayangi masakan ingin menyanyangi sang pencipta. Itulah sikap yang aku bawa sebelum ini.

Sebelum ini, setiap kejayaan yang ingin dicapai bukan untuk sang pencipta tetapi khas untuk diri sendiri dan ibubapa. Jadi mananya tempat Dia di hati? Oh memang aku lalai dan memang tidak sedar bahawa semua apa yang di bumi ini adalah hak Dia kan?. Aku lupa untuk berterima kasih dan mensyukuri padaNya. Jika ada pun memang tidak sepenuhnya, pada list yang terakhir barulah ucap terimakasih pada tuhan. Seolah anak lupakan mak. agaknya lah.
biarlah aku hilang kekasih di dunia ini. kejahilan aku telah dihukum kerana aku lupa yang aku tersilap pilih kekasih. sedang KAU lah kekasih ku ya Allah.
Sekarang ini, setelah di guide oleh Kak Aniz, aku seolah baru balik dari latihan tentera rejim 100 batalion 3 dan telah siap sedia dengan senjata yang siap diisi peluru. Ya aku diajar cara bagaimana ingin menggunakan senjata yang memang Allah telah sediakan. Aku je tak perasan. Aku rasa ramai org tidak sedar akan perkara ini. Tidak sia-sia aku laburkan harta dunia aku untuk mendapat ilmu akhirat ini.

Bermula syawal ni, aku begitu mengharapkan sinar transformasi ini mencipta satu evolusi dalam kehidupan aku seorang hamba terlampau ini. Aku harap isi hati aku di dalam blog ini dapat difahami oleh semua yang membacanya sekurang2 nya dapat juga aku pahala menyebarkan ilmu agama. Walau sedikit, tapi jika diamalkan akan jadi lebih baik nya daripada yang banyak tapi tidak diamalkan.

No comments:

Post a Comment