Monday, September 6, 2010

Bermula di sini..

Subhanallah, subhanallah walhamdulillah, wala-ilaha-illallah wallahu akhbar. Alhamdulillah segala puji-pujian ke atasMu ya Allah.

Bertapa besarnya Rahmat Allah yang telah menemukan aku dengan insan yang begitu hebat dalam mengupas dimensi perspektif perkembangan personaliti individu, kaunseling keluarga, pengurusan stress, penerokaan kehebatan kuasa doa, meditasi dan teknologi sains minda sebagai medium ajaib. Beliau adalah Pn. Aniz Hj. Anwar, pengasas kepada Klinik Sukses.

Syukur kepada Mu ya Allah kerana telah melimpahkan aku rahmat Mu.

Akhirnya berjaya juga aku menemui Pn. Aniz Bt Hj. Anwar (Kak Aniz) setelah sekian lama mengatur jadual untuk berjumpa. Rasanya setahun lebih masa berlalu dan setahun lebih juga lah aku berusaha untuk menemui Kak Aniz yang menganjurkan Klinik Sukses ini. Tapi baru kini aku dapat peluang berjumpa. Semua ni adalah ketentuan Nya. Betullah kata Kak Aniz tentang Law of Attraction.

Keyakinan beliau terhadap hukum penarikan membuahkan hasil kerana tanpa diduga, tercetusnya pertemuan antara kami berdua setahun yang lepas dan kini aku merupakan patient Kak Aniz yang telah mengikut Klinik Sukses ini kerana ingin membongkar aura dalam diri demi untuk berjaya disamping mendekatkan diri dengan sang pencipta.

Insyallah di sini, di blog ini akan aku journal-kan kesyukuran dan kesulitan sepanjang tempoh berjayanya misi revolusi ini.

No comments:

Post a Comment